4| | | Wacky Buat Comeback Dengan Nama " SCUKZ " !!| | |3
Tolong khai jawab soalan ni!! « scuKz™ Blog || Nobody scukz!!


October 16, 2005

Tolong khai jawab soalan ni!!
Tolong khai jawab soalan ni!!

Assalamualaikum. Firstly khai nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Di kesempatan ni khai nak mintak korang (yang leh jawab la) tolong jawab soalan ni .. sebenarnye soalan ni dah lama khai fikirkan tapi lupe aje nak tanye korang!! tolong ok!!

SOALAN 1 : Rasanya dari mana stesen stesen TV kat dunia ni dapat untung? semua tahu diorang dapat bayaran dari advertisement yang ditayangkan!! tapi takkan lah banyak sangat!! adakah kita ni sebagai rakyat malaysia menonton free aje (selain astro). tiap tiap bulan tak pernah sampai bil televisyen!! kita hanya bayar bil elektrik aje .. tak mungkin plak rasanya TNB nak kasi stesen stesen TV ni duit elektrik yang kita bayar tu. Benda ni sama jugak lah dengan stesen radio .. Selain dari duit pengiklanan, mana diorang kaut untung ek? sapa tahu tolong kasitahu!!

SOALAN 2 : Hurm, soalan ni khai pernah tanye kat 2 orang guru khai. satu dekat guru bahasa inggeris. Dia tak tahu nak jawab. Lepas tu khai tanye pulak dekat guru Kimia sekolah khai. Dia pon tak reti nak jawab. ade ke tanye khai balik!! soalan dia yang khai tanye ialah, " Kenapa kalau kita hiris bahagian pergelangan tangan (urat Nadi) kita akan mati serta merta (cara membunuh diri paling popular) tetapi kenapa kalau mereka yang kudung kedua-dua belah tangan tak mati plak padahal diorang langsung takda nadi kat bahagian tangan. begitu juga dengan orang yang tangannya terpaksa dipotong!! kalau doktor potong tangan dia tak mati plak. tapi cuba kalau doktor tu potong bahagian pergelangan tangan, mesti KO " ..

SOALAN 3 : ni satu lagi .. ade kene mengena skit ngan science!! ok macam ni .. hurmm .. dari bumi kalau kita nengok kat atas, kita mesti akan nampak lapisan awan dan langit biru!! kan ? betul tak? soalannya di sini kenapa bumi kalau dilihat dari setelit mesti akan nampak daratan dan lautan.. abis mana pergi lapisan biru (langit) yang kita nampak dari bumi ni .. konpius nye :(

khai harap korang faham la ape yang khai tanyekan ni .. kalau tahu tolong jawab kat komen di bawah ye!! terima kasih ..

mekasih bebanyak kepada mereka yang member komen utk soalan khai ni .. best la korang!! cikgu kimia khai pon pening .. korang slumber je kasi jawapan yang cam best!! congrat congrat!! esok gua nak belasah cikgu kimia gua !! hehe



kays0308 leaving skool at Sunday, October 16, 2005

slash
November 7, 2005   11:14 PM PST
 
1st ques:
khai tau tak satu iklan kenkadang kos dier sampai rm 20 juta
cube pk takkan pembikinan dier jer 20 juta
andai kate rm10 juta guna untuk pembikinan
lagi 10 juta 2 company 2 bayar kat stesen tv r
iklan kat tv ni mahal woooo
sebab 2 la iklan biase2 ni tak sampai 1 minit pon
kenkadang 10 saat pon ade sebab kos dier terlalu tinggi....

2nd ques:
bukan psl masalah nadi 2 ade ker tak
tapikan...bile nadi 2 kene potong kluar byk darah
so org 2 akan mati sebab terlalu byk kehilangan darah
yg kudung 2 tak kluar darah
so die tak mati r....

3rd ques:
ni tak dapek nak nolong
sendiri pon tak tau......
dotz
October 26, 2005   04:13 PM PDT
 
SOALAN 3 : ni satu lagi .. ade kene mengena skit ngan science!! ok macam ni .. hurmm .. dari bumi kalau kita nengok kat atas, kita mesti akan nampak lapisan awan dan langit biru!! kan ? betul tak? soalannya di sini kenapa bumi kalau dilihat dari setelit mesti akan nampak daratan dan lautan.. abis mana pergi lapisan biru (langit) yang kita nampak dari bumi ni .. konpius nye :(
Jawapan : Senang jer....kan Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan dibumi malah segala-galanya adalah ciptaannya. Sedangkan computer pun kene ader izin Allah kalo nak hidupkan....hehe
Abah Abby (ex-guru Sains)
October 20, 2005   07:54 PM PDT
 
soalan 1: Punca pendapatan utama stesen TV adalah melalui pengiklanan. Kos yang dikenakan adalah mengikut panjang masa (saat atau minit) iklan tersebut. Juga bergantung kepada kekerapan iklan tersebut ditayangkan. Ada iklan yang menelan belanja sehingga ratusan ribu ringgit. Jadi tak hairanlah mereka ini mengaut keuntungan yang sangat tinggi nilainya.

Soalan 2: Arteri (kekadang orang Melayu panggil urat nadi) membawa darah dari jantung dan mempunyai tekanan yang tinggi. Ia tertanam dalam daging/otot tetapi pada pergelangan tangan ia berada berdekatan dengan lapisan kulit. Apabila seseorang cuba membunuh diri dengan mengerat di pergelangan tangan, darah akan memancut2 keluar dengan banyak dan dia akan mati akibat kehilangan darah yang banyak ini. Perkara yang sama berlaku apabila dia disembelih! Di dalam pembedahan, doktor akan menyekat perjalanan darah keluar terlebih dahulu. Selepas dipotong bahagian tersebut, doktor akan menyambung saluran tersebut dengan vena-vena lain supaya darah dapat mengalir balik ke jantung. Jadi, tiada berlaku kehilangan darah yang banyak maka pesakit dapat hidup!

Soalan 3: Langit biru hanya setinggi atmosfera bumi ia itu udara yang mengelilingi bumi. Selepas langit biru ini yang ada hanyalah ruang angkasa lepas yang amat luas dan gelap gelita (hitam). Cahaya pula terdiri daripada 7 spektrum warna yang setiap satunya mempunyai frekuensi yang berbeza. Apabila cahaya matahari terkena atmosfera bumi, warna biru terpisah dan bertaburan di udara (penyebaran cahaya). Apabila terasing begini, warna biru ini dapat dilihat dan sebab itulah langit kelihatan biru.
BudakZonM
October 20, 2005   06:53 PM PDT
 
Setelite tak berada luar dari lapisan langit bumi... ntuk elak dari keluar dari orbit dier.... sebenar nyer... kalu khai nak tau lebih lanjut maklumat pasal setelite, gie la laman web NASA ke... cari la maklumat pasal Setelite....

Yang pasal nadi tuh, org yg blajar Bio tau ar....

Ok tuh jerk... harap aku dpt membantu :P
YasMin
October 20, 2005   03:19 AM PDT
 
Nadi ada di seluruh badan.. iaitu di mana sahaja ada darah yg mangalir dlm salur darah. khai boleh rasa denyutan nadi tuh bukan shj di pergelangan tgn tapi juga di bhgn tengkuk bawah rahang , atas lipatan siku dkt bhgn dlm badan, dkt celah peha, blkg lutut dan blkg buku lali. Mrk yg potong pergelangan tgn tuh slalu mati sbb kehilangan darah yg banyak. So, katakan awak buat operation dan potong bhgn tgn tuh.. awak boleh idup sbb kehilangan darah dpt dikawal dgn baik oleh dr. Bila awak hilang darah dgn banyak, dia affect organ lain dlm badan terutamanya jantung. Bila jantung awak KO, awak pun babai lah..
aliahelmi
October 16, 2005   10:20 PM PDT
 
yg pasal dari mana stesyen tv dpat duit senang je..untuk pengetahuan abang Khai,Tv dapar duit dr iklan2,satu iklan je dikenakan dalam 15,000 atau lebih,dalam satu hari,kalau berhari2..paham2 je..banyak kan...tak heran la kalau tengok tv banyak sangat iklan..
yang pasal nadi tu,semuanya kuasa Tuhan,nobody can change it... memang ada urat2 yg tertentu,kalau salah potong mati, tu sebab la doktor2 potong tangan orang tak potong bhgian urat2 tu.. doktor kan pandai,erm pasal orang tngn kudung,Tuhan dah sediakan urat tangan dey all atas dr pergelangan tangan,depends la kt mana bhgian yg kudung-rasanyer-,kalau nak lebih tahu psl maklumatnyer kene la baca buku...cari tntg orang2 cacat,ciptaan Tuhan trhadp hamba-Nya yang cacat...k bye2

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Copyright (c) scukz.com Inc. All Rights Reserved


***

JOM USYA CERITA LAIN
Previous Entry Home Next Entry


Selamat datang ke,
scukzblog. Anda akan didedahkan dengan dunia entertainment yang membuatkan anda gile!!. Kebanyakkan kata kata di sini adalah kasar dan bukan seperti bahasa pondan yang lemah lembut. I'm man dudes!!
Weblog ini hanya sesuai di view dengan browser Internet Explorer dan maxthon. Browser seperti Opera dan Mozilla hanya akan membuatkan weblog ini kelihatan agak messy. Paling sesuai dipaparkan dengan resolution 1024 x 768. selain resolution  itu, weblog ini pastinya akan kelihatan besar yang amat sangat. Kalau semua dah ok, so, kita enjoy!!

recomended : with streamyx

Web rasmi adalah di www.scukz.com

untuk panduan webmaster


28 User Online Now


Every Day is Update




vote anda amat dialu-alukan.
kalau taknak voted pon takpe!! ada apa lah dengan vote ni kan!! tapi kalau korang vote best gak ni!! hhehe.. ape kata sekali masuk sekali vote? bukan susah pon kan? may god bless you la!!

belum register topsite, nanti la!!

sila buat request lagu atau berikan pandangan mahupun cadangan di shoutbox di bawah.

Anda menggunakan . Sebarang perkataan yang dianggap tidak sesuai akan menyebabkan anda dibanned serta merta!!


Name
URI
Msg




<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


download la anime naruto sekarang. Semuanya dalam format Real Media dan anda memerlukan perisian Real Player untuk membukanya..

 

Requiem for the living.
Naruto #152 39.5MB


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Copyright (c) 2005 wackyInterz0ne Inc. All Rights Reserved. All Wrong Revenged. Patent Pending.
If you afraid that somebody will copy your intellectual properties, Don't Put At your Website!

Your Connection Load this web in : seconds.
Best Viewed of 1024 x 768 and with IE 5+

Blogdrive